PEMBENTUKAN KEYAKINAN DIRI DAN SEMANGAT KERJASAMA MURID MELALUI PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFOM SSN SMK MUTIARA SESI 2022/2023

WP Labuan : Seramai 101 orang murid Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, telah menyertai Perkhemahan Perdana Badan Berunifom anjuran unit Kokurikulum SSN SMK Mutiara yang bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri WP Labuan.

                Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 27 Januari sehingga 29 Januari 20223 ini melibatkan 12 Unit Badan Barunifom dengan jumlah murid lelaki seramai 51 orang manakala 50 orang murid perempuan yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4. Turut bersama-sama terlibat beberapa orang murid daripada Pendidikan Khas (PPKI) SSN SMK Mutiara.

              Objektif perkhemahan ini bertujuan untuk melahirkan murid berketahanan mental dan fizikal melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan serta membentuk keyakinan diri dan semangat kerjasama murid.

Sepanjang 3 hari perkhemahan tersebut, beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti ikhtiar hidup, ikatan dan simpulan (membina gajet), dinamika serta malam kebudayaan yang bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan serta mematuhi arahan ketua kumpulan disamping memupuk sikap disiplin yang mantap dalam diri peserta dan membentuk kerjasama yang tinggi dalam diri setiap peserta yang terlibat.

                Majlis penutupan Perkhemahan Badan Berunifom telah disempurnakan  oleh YDP PIBG En. Mohd Rashidi Bin Awang Jaman. Turut hadir bersama-sama adalah Pengetua SSN SMK Mutiara, En. Ag Rozlan Bin Manan, Penolong Pengarah Pengurusan Pusat Kokurikulum Negeri iaitu Ustaz Abdul Kahar Bin Abdul Rahim serta barisan pentadbir sekolah SSN SMK Mutiara.

                Dalam ucapan perasmian majlis penutupan, En. Mohd Rashidi menzahirkan rasa bangga kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan perkhemahan ini walau dalam cuaca yang kurang baik pada malam pertama akibat hujan lebat. “Perkara-perkara seperti ini yang di luar kawalan pastinya menjadikan satu cabaran buat semua peserta dan menjadikan ketahanan mental peserta lebih kuat. Syabas kepada semua peserta,”ujar beliau. En. Mohd Rashidi yang juga merupakan Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Labuan turut berkongsi sedikit pengalaman manis beliau semasa bertugas dalam arena badan beruniform ini bagi menyuntik semangat para peserta.

                Sementara dalam ucapan Pengetua, En. Ag Rozlan Bin Manan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam program perkhemahan kali ini dan berharap agar kesemua peserta dapat meneruskan sahsiah yang baik hasil daripada aktiviti perkhemahan ini. “Institusi pendidikan sekolah bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu sahaja tetapi ia juga tempat untuk membentuk ketrampilan, sahsiah dan jati diri serta kemahiran insaniah. Maka melalui program seperti ini dapat menyediakan platform terbaik bagi menyediakan ruang kepada semua murid untuk pembinaan kemahiran insaniah murid dengan berkesan”, kata beliau semasa majlis penutupan.

Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform ini berjaya berjalan dengan lancar dengan kehadiran semua guru-guru penasihat tanpa banyak masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Kejayaan ini pastinya berkat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  sehingga dapat memastikan perkhemahan ini berjalan dengan baik dan sempurna.

Aktiviti Ikatan dan Simpulan yang memerlukan murid memberi tumpuan
dan memerlukan kerjasama berkumpulan.
Pengalaman berharga : Aktiviti Ikhtiar Hidup iaitu menyiang ikan belud
Sebelum dimasak oleh para peserta untuk dipertandingkan.
Aktiviti ini memerlukan keberanian serta kerjasama yang tinggi setiap ahli kumpulan



Aktiviti Dinamika : Tumpuan serta kerjasama dan startegi ahli kumpulan
bagi memastikan bola tidak terjatuh ketika berjalan

Peserta Terbaik: En. Mohd Rashidi Bin Awang Jaman menyampaikan hadiah
kepada Abuzar (Kadet JPJ) dan Atiah (Silat)
 
En Mohd Rashidi, En. Awang Rozlan Bin Manan, bersama Ustaz Kahar serta barisan pentadbir,guru pembimbing bergambar bersama- sama peserta Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SSN SMK Mutiara 2022/2023

Loading

image_pdfimage_print