Saint Anthony School ( SAS ) Perlu 300 Ribu Untuk Bina Dewan Terbuka Sekolah

AJK PIBG SELAKU AJK INDUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Labuan – SAS memerlukan RM300,000.00 untuk membina Dewan Terbuka Sekolah Menengah ST. Anthony bagi kemudahan para pelajar di sekolah ini. Oleh itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru  ( PIBG ) Sekolah Menengah ST. Anthony W.P.Labuan bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ( Charity Dinner ) pada 29 Julai 2017.

Puan Dona Undoh , Pengetua SM. St. Anthony menyatakan antara tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk mengutip dana bagi pembinaan projek Dewan Terbuka Sekolah ( Open Hall ). Beliau menyatakan projek ini mendapat sokongan kuat dari Yang diPertua PIBG SM. St. Anthony W.P.Labuan iaitu Encik Chia Sia Theng selaku Penasihat projek serta Dr. Baby Chong Vui Hiong yang dilantik sebagai Pengerusi Penganjur Majlis Makan Malam Amal pada tahun ini.

Dona berkata Sekolah Menengah St. Anthony merupakan sekolah bantuan modal yang telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang pada tahun 1996. Sekolah ini mempunyai murid seramai 432 orang dan 34 orang guru serta 4 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana ( PKP ). Di harapkan dengan adanya Dewan Terbuka ini akan memberikan kemudahan kepada murid sebagai dewan perhimpunan dan juga ruang untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai sasaran sumbangan sebanyak RM300, 000.00 ialah jualan tiket makan malam amal, kutipan sumbangan iklan bagi buku cenderahati serta sumbangan dalam bentuk wang tunai dari orang perseorangan mau pun syarikat-syarikat swasta. Turut diadakan cabutan tiket bertuah dengan barangan yang menarik berupa barangan elektrik dan hamper.

Majlis Makan Malam ini akan dihadiri oleh Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah Pendidikan W.P.Labuan dan beberapa tetamu khas yang lain.

Sebagai pembuka tirai sumbangan tunai, Dr Baby Chong selaku Pengerusi Penganjur menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM8,888.88 manakala Encik Chia Sia Theng menyumbangkan sumbangan peribadi sebanyak RM6,000.00. Individu lain yang turut memberikan sumbangan peribadi ialah Dato’ Robert Seah Kiat Cheong sebanyak RM5,000.00 ,  Encik Paul Ipoh sebanyak RM5,000.00,  Gaya Saloon RM2,000.00 dan Mr Soo Tai Siong & Chai Chai RM1,000.00.

Setakat ini  jumlah kutipan sumbangan tunai dan sumbangan iklan sebanyak RM35,135.79 . Diharapkan sumbangan ini akan meningkat menjelang 7 Julai 2017. Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat AJK Majlis Makan Malam Amal di Bilik Gerakan Sekolah pada 20 Mei 2017 baru-baru ini. Beliau bagi pihak YDP PIBG dan Pengerusi Penganjur mengalu-alukan sumbangan tokoh korporat dan pihak NGO . Jualan tiket Makan Malam Amal bernilai RM100 dan RM80 boleh diperolehi dari YDP PIBG Encik Chia Sia Theng, Dr. Baby Chong Vui Hiong dan Pn Dona Undoh sebelum 7 Julai 2017.

Sumbangan wang tunai juga boleh dimasukkan ke akaun FUND RAISING SM. ST. ANTHONY W.P.LABUAN , NO akaun : 8008536922 ( CIMB LABUAN ).

AJK Penganjur Majlis Makan Malam SAS

Dr. Baby Chong Vui Hiong selaku Pengerusi Penganjur menyatakan harapan beliau agar Majlis Makan Malam pada kali ini mendapat sambutan dari pada para ibu bapa dan juga sektor swasta. Aktiviti PIBG ini selaras dengan matlamat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 – 2025 ) dalan anjakan 9 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh.

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.