Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru 2017

TAHNIAH
NAIB JOHAN
ENCIK NAZRIN BIN ISMAIL (SMK LABUAN)
ANUGERAH GURU INOVATIF INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
16 MEI 2017 , JOHOR DARUL TA’ZIM

 

 

Setiap saat untuk kecemerlangan merupakan pegangan kerjaya cikgu Nazrin bin Ismail yang telah menerima anugerah Naib Johan Guru Inovatif kategori sekolah menengah sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat kebangsaan ke-46/2017 di Convention Hall , Persada Johor Johor Bahru, Johor baru-baru ini bertarikh 15 Mei 2017.

Sebelum itu, ‘i-Line Board’ bermaksud intensif Dan line bermaksud garisan. Alat ini dicipta bertukang untuk membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam tajuk lukisan teknik subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Alat inovasi ini ciptaan Cikgu Nazrin telah merangkul Johan guru inovatif peringkat wp labuan Dan naib Johan Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan kategori sekolah menengah.
Pada majlis penyampaian hadiah itu cikgu nazrin telah menerima sebuah plag, wang tunai rm1500 dan sijil penghargaan. Menurut guru cemerlang kemahiran hidup ini, kejayaan beliau menerima anugerah tersebut menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Inspirasi inovasi ini terhasil dari permasalahan murid Dan impak darinya adalah keberhasilan murid mengaplikasi garisan dalam menghasilkan lukisan isometrik Dan unjuran ortografik. Semoga dengan anugerah yang diberikan kekuatan melakukan yang terbaik Dan terus bersemangat untuk bersama-sama menerajui kecemerlangan pendidikan Negara.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.