Perkhemahan Perdana Badan Beruniform anjuran unit Kokurikulum SMK Labuan

Labuan, 3 Disember –  Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL) telah mengadakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform anjuran unit Kokurikulum SMK Labuan yang bertempat di Pusat Kokurikulum, WP Labuan. Perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 1 Disember sehingga 3 Disember 2023.

Sebanyak 10 Unit Badan beruniform yang terlibat iaitu, Pengakap, PKBM, Puteri Islam, Pancaragam, Pandu Puteri, Polis, Karate-do, KRS, Bomba, JPJ dan BSSM. Seramai 120 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini, 80 peserta perempuan dan 40 peserta lelaki.

Pengetua SMK Labuan, Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim dalam ucapannya amat berbangga dengan penglibatan murid yang sanggup mengharungi cabaran dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh para fasilitator. Diharapkan juga semua murid menjadikan ilmu yang diperolehi sepanjang perkhemahan berlangsung sebagai pengalaman yang bernilai dan berkongsi ilmu bersama rakan yang lain.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memastikan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti antaranya ialah ice breaking, Pertandingan larian berhalangan, Ceramah bantu mula, Pertandingan kawad kaki dan Malam Kesenian. Ujar tuan pengetua, melalui aktiviti seperti ini dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan dan dalam masa yang sama dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi.

Majlis penutupan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang di sampaikan oleh tuan pengetua iaitu Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim diiringi Penolong Kanan Kokurikulum Cik Dayangku Halizah binti Pg Hassan dan Ketua Kem Komandan Encik Sahril bin Agus. Bagi kategori pertandingan kawad kaki, Johan dimenangi oleh PKBM, Naib Johan Pandu Puteri dan Tempat ketiga Kadet Polis. Bagi aktiviti berkumpulan pula Johan dimenangi oleh kumpulan 9, Naib Johan kumpulan 7 dan Tempat Ketiga kumpulan 4.

Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta perkhemahan kerana berjaya menyelesaikan tugasan walaupun terpaksa mengharungi hujan lebat pada malam hari namun itu tidak mematahkan semangat peserta bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Majlis penutupan berjalan dengan lancar yang dihadiri oleh semua guru-guru penasihat dan sudah semestinya perkhemahan perdana ini berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Berita Oleh : SMK Labuan

Sijil penghargaan kepada Pusat Kokurikulum diserahkan kepada En Bedevensoon Saib wakil Pusat Kokurikulum diiringi PK KOKUM Dayangku Halizah binti Pg Hassan dan Kem Komandan En. Sahril bin Agus  
Barisan para guru penasihat bersama tuan pengetua Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim dan Penolong Kanan Kokurikulum Cik Dayangku Halizah binti Pg Hassan.

Loading

image_pdfimage_print