MAGIKA MENYUNTIK SEMANGAT CALON SPM S023/2024

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. SSN SMK Mutiara di bawah kelolaan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Hisyam bin Abd Aziz telah meraikan dan menyuntik semangat 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menganjurkan Majlis Graduasi dan Kecemerlangan (MAGIKA) sesi 2023/2024 ala ‘universiti’ di Auditorium Labuan International School (LIS).

Murid yang terlibat merupakan calon keseluruhan yang bakal menduduki peperiksaan pada 30 Januari ini. Turut diraikan murid cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu.

Pengetua SSN SMK Mutiara, Encik Ag Rozlan bin Manan berkata, majlis ini juga disusun atur untuk dijadikan sebagai perangsang atau pencetus kepada para murid untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi pada masa akan datang.

“Malah diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para murid.”

“Para guru sekolah ini mempunyai harapan yang tinggi agar anda semua dapat meneruskan pembelajaran di mana jua selepas SPM nanti dan seterusnya mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.”

“Sebenarnya Majlis Graduasi dan Kecemerlangan ini serta peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi 52 hari lagi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai.”

 

Program MAGIKA telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SSN SMK Mutiara iaitu En. Mohd Rashidi bin Awang Jaman.

Dalam ucapan, beliau menitipkan perasaan bangga dengan usaha yang telah diterapkan dalam diri semua guru SSN SMK Mutiara kerana berjaya melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta berjaya membentuk sahsiah murid dengan peribadi dan jati diri sebagaimana yang dihasratkan oleh negara.

 

Umum mengetahui bahawa SSN SMK Mutiara merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kelas aliran agama sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan sekolah sukan negeri. Malahan sekolah ini juga mempunyai kelas pendidikan khas yang memberi pendidikan kepada anak-anak istimewa di pulau Labuan.

 

Dalam ucapan YDP PIBG SSN SMK Mutiara berkata,

“Inilah aspirasi kepimpinan negara yang ingin melihat setiap insan itu mempunyai keistimewaan tersendiri yang diharapkan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.”

“Kita bukan hanya ingin melahirkan golongan bijak pandai tetapi juga mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi terhadap negara.”

“Sikap tahu mengucapkan terima kasih, tahu menghormati golongan tua dan pemimpin yang berjasa harus sentiasa diterapkan dalam jiwa anak-anak muda.”

“Sikap ini penting dalam memastikan negara mempunyai generasi pewaris yang berwibawa.”

 

        Ucapan yang penuh bermakna dan isi tersirat itu bertujuan untuk menyedarkan para murid bahawa sikap sedemikian bukanlah satu sikap yang mudah dipupuk, tambahan lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan ini. Justeru, beliau berpendapat bahawa melalui kerjasama daripada semua pihak dan rasa kebertanggungjawa yang wujud dalam diri manusia mampu melakukan transformasi tersebut.

 

Sementara itu, YDP PIBG SSN SMK Mutiara, En. Mohd Rashidi menasihati agar semua calon SPM 2023/2024 agar terus berusaha untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang. Beliau turut mendoakan agar semua calon SPM SSN SMK Mutiara dapat menjawab soalan peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi dengan tenang dan baik.

 

Turut hadir, pegawai perhubungan sekolah, pegawai angkat sekolah, dan beberapa orang tetamu jemputan serta wakil ketua kampung di WP Labuan.

       

MAGIKA bertujuan untuk menyampaikan sijil tamat persekolahan dan kecemerlangan kepada semua murid Tingkatan 5. Selain itu, objektif MAGIKA adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

        Matlamat utama MAGIKA adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti serta berwawasan. Malahan secara tidak langsung, program sebegini mampu mempertingkatkan amalan budaya mencintai ilmu dalam diri murid-murid sekaligus melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang kokurikulum.

        Antara anugerah yang telah disampaikan adalah Anugerah Murid Cemerlang SPM 2022/2023, Anugerah Murid Terbaik Program Transformasi Daerah (DTP), Anugerah Murid Terbaik PPKI dan Perdana mengikut kategori seperti akademik, HEM, Kokurikulum.

 

Perarakan masuk pentadbir dan YDP PIBG SSN SMK Mutiara

Persembahan kompang murid SSN SMK Mutiara

Juruacara MAGIKA

Barisan Pentadbir SSN SMK Mutiara & YDP PIBG

Ucapan Amanat Pengetua SSN SMK Mutiara

Ucapan Perasmian YDP PIBG SSN SMK Mutiara

Gimik Perasmian

Perasmian MAGIKA 2023/2024

Tetamu VIP, Pengetua & PK1 SSN SMK Mutiara

Calon SPM 2023/2024

Calon SPM 2023/2024

Barisan PK1 bersama guru baharu SSN SMK Mutiara

Loading

image_pdfimage_print