Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 2023/2024 SMK Labuan

Barisan tetamu kehormat dan murid-murid Tingkatan 5 yang diraikan

09 Disember 2023 – Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL) bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Mutiara SMKL. Seramai 237 orang murid Tingkatan 5 diraikan pada hari tersebut di mana 40 orang murid turut dianugerahkan sebagai penerima anugerah cemerlang.

Ucapan Aluan oleh Pengetua SMKL, Encik Mohd Nizam bin Yasim

Pengetua SMK Labuan, Encik Mohd Nizam bin Yasim berkata, majlis apresiasi yang dilangsungkan pada hari tersebut boleh dijadikan sebagai motivasi berterusan kepada para murid untuk meningkatkan pendidikan diri.
“Hari ini kamu memakai jubah mungkin buat kali pertama, tetapi, pastikan hari ini bukanlah hari terakhir untuk kamu memakai jubah tersebut. Perjalanan masih jauh” katanya

Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran JPWL Encik Yahya bin Ahmad Puteh

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pembelajaran W.P Labuan. Dalam ucapannya, Encik Yahya menyatakan bahawa perjalanan mencipta kecemerlangan bermula daripada tadika sehingga ke sekolah menengah kini, bukanlah satu perkara yang mudah tanpa adanya pimpinan dan doa daripada ibu bapa.
“Jumlah kedatangan ibu bapa ke majlis apresiasi ini menjadi petunjuk bahawa ibu bapa yang diketuai oleh Yang Dipertua PIBG telah berjaya sama-sama menyahut keinginan untuk memastikan anak-anak SMK Labuan yang berada di Tingkatan 5 berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2023”.
Lanjutan daripada itu, beliau telah menggesa para murid untuk sama-sama berdiri memohon restu dan menzahirkan rasa yang ingin disampaikan oleh murid-murid.
“Terima kasih ibu bapaku, doakan kejayaan kami ibu dan ayahku, kami sayang kamu”.

Mohon restu dan penzahiran rasa murid-murid kepada para ibu bapa

Turut hadir Tuan Haji Md. Yussof bin Hj. Chuchu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKL, ASP Francisca Duliat, Pegawai Perhubungan Sekolah, dan para ibu bapa murid Tingkatan 5.


Berita oleh: SMK Labuan

Majlis Apresiasi Murid Tingkatan 5 2023/2024 sedang berlangsung

Para ibu bapa yang hadir

 

Sesi Bergambar

Loading

image_pdfimage_print