AHMAD RIFQIE CEMERLANG DI THAILAND

Atlet Lompat Tali Labuan Ahmad Rifqie Mohd Zaki mengharumkan nama Labuan pada Kejohanan ‘Thailand Open Queen’s Cup Jump Rope 2023.

Ahmad Rifqie merupakan murid tingkatan 3 SMK Pantai mencatatkan kedudukan pertama atlet lompat tali Malaysia dan ke 15 di peringkat antarabangsa daripada 48 peserta yang bertanding pada perlawanan akhir acara Lompat tali gaya bebas perseorangan kategori bawah 16 tahun.

Menurut Pengurus dan Jurulatih Rahman Jaafar, walaupun tiada pingat diperoleh, namun Ahmad Rifqie menunjukkan prestasi membanggakan apatah lagi merupakan atlet Malaysia yang berada pada kedudukan tertinggi berbanding rakan senegara yang lain.

Kejohanan itu diadakan baru-baru ini bertempat di Bangkok Youth Center Thailand. Antara negara yang turut serta adalah Hong Kong, Korea Selatan, Russia, China, India, Singapura, Malaysia dan juga tuan rumah Thailand.

Malaysia menghantar 45 atlet sukan lompat tali termasuk seorang atlet dari Labuan.

Loading

image_pdfimage_print