SMK PANTAI TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

SMK Pantai telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Memasak Peringkat
Kebangsaan 2023. Pertandingan telah berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA,
Sepang.
Pertandingan anjuran Nestle Products (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia disertai oleh 16 pasukan yang mewakili 16 negeri.
SMK Pantai yang mewakili WP Labuan diwakili oleh dua orang peserta iaitu Muhammad Khairul
Nabil bin Wardihan (Tingkatan 2) dan Asmirah binti Usman (Tingkatan 3) bersama guru pembimbing
Puan Amisah Martin dan Cik Wan Farah Najiha Wan Azemi.
Tema pertandingan pusingan pertama (16 pasukan) ialah “Menu kreatif dan inovatif inspirasi
sendiri”, manakala tema pertandingan pusingan kedua (5 pasukan) ialah “Masakan berasaskan
tumbuhan”.
Johan pertandingan dimenangi oleh pasukan Perlis manakala naib johan dimenangi oleh pasukan
Kedah. Tempat keempat ialah pasukan Pahang dan tempat kelima pasukan Selangor.
Sebelum ini SMK Pantai pernah mencapai kejayaan dalam pertandingan ini di peringkat kebangsaan
iaitu Johan tahun 2012 di Sarawak, Johan tahun 2017 di Kelantan.
Kejayaan yang dicapai ini telah meningkatkan imej dan nama baik murid-murid SMK Pantai selaras
dengan slogan “SMK Pantai Mengangkat Martabat Murid”

 

Loading

image_pdfimage_print