SMK Rancha-Rancha W.P Labuan – Projek Warna Percikan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan yang memaparkan aneka lukisan mural dengan kisah dan bercirikan peralatan tradisional masyarakat berbilang kaum dan bangsa sejarah tempatan bakal menjadi tarikan baharu kepada warga dan pelawat yang melawat SMK Rancha-Rancha.
Pengetua sekolah , Ustaz Wan Azman bin Wan Awang berkata, Projek Warna Percikan merupakan projek kerjasama yang dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan melalui peruntukan daripada Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan.
Beliau berkata, perancangan projek bermula pada 2 hingga 12 Jun 2024 . Selama 10 hari murid SMK Rancha-Rancha bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan telah berkampung di SMK Rancha-Rancha melakar dan mewarna lukisan mural yang dibuat. Selain itu , projek ini juga dapat mencipta daya tarikan estetik ruang, mengubah dinding kosong menjadi visual karya seni menawan yang memperkayakan alam sekitar dan menyumbang kepada budaya landskap Masyarakat. Apa yang lebih menarik , setiap lukisan telah diberikan logo QR Kod untuk diimbas dan memberikan maklumat tentang alat muzik tradisional yang dilukis.
Ketua projek dari Universiti Malaysia Sabah, Tharshini Ratna Krisnan berkata “Melalui projek Warna Percikan, adalah diharap dapat mencipta kesedaran antara orang awam dengan pihak sekolah dengan menekankan inovatif mengajar dan pembelajaran dengan strategi atau pedagogi pendidikan . Projek ini dapat mengintegrasi pelbagai kemahiran dan kerjasama bermakna antara murid SMK Rancha-Rancha dan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan
“Selain itu, hasrat utama SMK Rancha-Rancha berkolaborasi dengan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa W.P Labuan adalah mengindahkan kawasan sekolah dengan meriah dan mural yang menarik secara visual, pelajar dibekalkan inspirasi dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Projek ini telah menunjukkan bahawa visual menarik tentang persekitaran boleh memberi kesan positif kepada semangat, motivasi dan pencapaian akademik prestasi murid-murid di SMK Rancha-Rancha.
Sementara itu, seorang pelukis , Siti Maimunah Lusan , pelajar tingkatan 4 , berkata, usaha mengindahkan kawasan sekolah di sini dengan lukisan berkenaan adalah baik dan mampu memupuk kemahiran literasi maklumat dalam kalangan warga SMK Rancha-Rancha.
Sehubungan itu, Cikgu Jasmini Daud selaku guru Pendidikan Seni Visual berkata, beliau tidak melepaskan peluang baik ini utk menerima perlaksanaan projek melukis kerana selain sebagai pencetus kreativiti murid-murid yang mengambil subjek elektif Pendidikan seni visual ianya juga sebagai satu wadah penzahiran kreatif di kalangan murid-muridnya yang ternyata berbakat besar dlam seni visual. Bakat dan minat harus di pupuk dan di asah agar mereka lebih menjiwai dan lebih memahami konsep estetik dalam seni.
Berita Oleh : SMK Rancha-Rancha