Program Pendidikan Biodiversiti Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

NOOR AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ
MURID SMK LABUAN
PESERTA TERBAIK PEREMPUAN , 21-24 MEI 2017
PERINGKAT KEBANGSAAN, BERTEMPAT DI JABATAN PERHILITAN TANJUNG TUAN, MELAKA
GURU PENGIRING:
Cikgu Norshasiah Otiman

Pelajar Kelas 4 Harmoni SMK Labuan, Noor Azizah Abdul Aziz telah mengharumkan nama SMK Labuan selepas dipilih menerima anugerah peserta terbaik perempuan sempena Program Kem Pendidikan Biodiversiti Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Jabatan Perhilitan Tanjung Tuan, Melaka pada 21-24 Mei lalu.

Seramai empat peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (4), Sarawak (4) dan Pahang (16) menyertai program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu.

Pasukan SMK Labuan diiringi Cikgu Norshasiah Otiman.

Program itu bertujuan untuk mengenali, memahami dan menghargai kepentingan alam semulajadi, menerapkan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab terhadap alam semulajadi.

Sepanjang program itu, peserta mengikuti ceramah perhilitan, kembara alam, ikhtiar hidup, blind trail, latihan dalam kumpulan, karya alam dan night walk yang banyak memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perhilitan Melaka, Puan Siti Norain Mohd Isa.

Adik Noor Azizah ( dua kanan ) bersama guru pengiring Cikgu Norshasiah ( tengah )

 

 

Sumber Berita : SMK Labuan

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.