SMK Rancha-Rancha Rangkul Kejuaraan : Kejohanan Sukan Petanque Angkasa Peringkat Negeri Sabah 2025.

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, merangkul kejuaraan pada Kejohanan Sukan Petanque Angkasa peringkat negeri Sabah 2025.

Pencapaian Johan Kategori Sekolah Lelaki itu, hasil aksi konsisten pasukan, dibarisi Mohammad Haziq Matusin, Muhammad Iskandar Zulkarnain Suib dan Muhammad Sufry Abdel Rizah.

Kejohanan dua hari berlangsung di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu Sabah menyaksikan SMK Kolombong akur ditempat kedua, sementara SMK Keningau Satu meraih tempat ketiga.

Kejohanan Sukan Petanque Angkasa peringkat negeri Sabah 2025.