Pertandingan CIP-KPS Peringkat Kebangsaan 2017

SM SAINS
PERTANDINGAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIP)
TARIKH : 25-27 JULAI 2017
TEMPAT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PULAU PINANG
ANJURAN : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENCAPAIAN : NAIB JOHAN
GURU PENGIRING:En.Yahya bin Burhanuddin 

KPDNKK telah menganjurkan program PERTANDINGAN CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIP) KELAB PENGGUNA SEKOLAH (KPS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 yang melibatkan 16 Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dari seluruh negara pada 25-27 Julai 2017 bertempat di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

WP Labuan diwakili oleh pelajar-pelajar dari KPS Sekolah Menengah Sains WP Labuan iaitu Muhd.Nurhadi Sahat (T.4), Mittchell Stanlley Michael (T.4), Zahiruddin Zainuddin (T.4), dan Mohammad Shahrizal Norishyam Faisaludin (T.3). Pasukan ini telah diiringi oleh

En. Yahya bin Burhanuddin, Guru Penasihat KPS SM. Sains Labuan.

SM Sains WP Labuan telah menjadi Naib Johan Pertandingan CIP-KPS Peringkat Kebangsaan 2017 dan juga menerima Anugerah Khas Kategori 1 Pengguna 1 Suara (1P1S).

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Henry Sum Agong, Tim. Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dalam majlis penutupan program pada 27 Julai 2017.

Tahniah kepada KPS SM Sains WP Labuan atas kejayaan memenangi kedua-dua anugerah tersebut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.