Labuan, 18 November 2025 | Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan
Majlis Anugerah DUTA 2025 pada hari ini telah disempurnakan dengan penuh rasa penghargaan dan kesyukuran, menampilkan barisan guru, murid serta rakan strategik yang menjadi pemacu utama transformasi pendidikan digital di Wilayah Persekutuan Labuan.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Encik Yahya Bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan WP Labuan, yang menekankan komitmen Labuan untuk terus memperkukuh pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital (DPD), memperluas budaya inovasi, serta memanfaatkan teknologi termasuk AI dalam PdP secara beretika, berkesan dan berimpak kepada murid.
Majlis ini turut menjadi platform pengiktirafan kepada:
Peneraju transformasi digital di sekolah – Pengetua, Guru Besar, Guru Perpustakaan & Media, Penyelaras ICT, DELIMa dan SPBT
Guru & murid inovatif yang aktif memperkasa PdP digital
Rakan strategik jabatan yang sentiasa mendokong ekosistem digital Labuan
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah DUTA 2025. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada budaya inovasi yang lebih kukuh, demi membina generasi murid yang berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi masa depan.
“Kecil di peta, besar di arena pendidikan digital.”













![]()

