Perserta Perkhemahan Badan Beruniform SMK Labuan 2025 di Pusat Kokurikulum JPWPL
LABUAN: Seramai 56 pelajar SMK Labuan telah melibatkan diri dalam Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMK Labuan baru-baru ini.
Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu (14 hingga 16 Oktober 2025) diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Larian Berhalangan, Malam Kesenian, Cuba Rasa,Ikatan dan Simpulan dan Orienteering. Aktiviti berasaskan kerjasama ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah memperkukuh nilai tanggungjawab dan semangat sepasukan.
Dalam ucapan wakil peserta, PenghuluPerkhemahan,adik GabrielLampas, menyatakan bahawa aktiviti yang dijalankan memberi pengalaman yang berharga kepada semua peserta. Beliau berkata,
“Semua aktiviti yang kami lalui sepanjang perkhemahan ini benar-benar membantu memupuk semangat berpasukan. Kami belajar untuk saling bergantung, bertanggungjawab dalam kumpulan dan memahami peranan masing-masing. Pengalaman ini sangat bermakna dan akan kami terapkan dalam kehidupan kami.”
Ucapan Penghulu perkhemahan
Perasmian penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh pengetua SMK Labuan, Tuan Haji Mohd Nizam bin Yasim. Beliau sempat menyatakan ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar yang sanggup berpisah daripada keselesaan di rumah selama 3 hari demi menimba pengalaman menerusi aktiviti perkhemahan ini. Tambahnya lagi, pelajar yang telah berjaya mengikuti perkhemahan ini secara tidak langsung telah melatih diri mereka untuk membentuk tidak mudah berputus asa dan mampu untuk menyelesaikan masalah pada masa akan datang.
Pengetua Tuan Haji Nizam ketika menyampaikan ucapan perasmian
Majlis penutupan menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dijalankan. Perkhemahan ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyemai semangat berpasukan dan tanggungjawab dalam diri murid.