KUNJUNG BANTU DAN PEMANTAUAN UTVET SEKTOR PEMBELAJARAN KE SMK PANTAI

Labuan, 11 Mac 2026 – Kunjung bantu oleh pasukan Unit TVET JPN Labuan ke SMK Pantai pada hari ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
 
Program ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan program TVET di sekolah, di samping mengadakan sesi perkongsian, perbincangan serta memberi bimbingan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum TVET.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada pihak pentadbir serta warga SMK Pantai atas kerjasama, komitmen dan keterbukaan yang diberikan sepanjang sesi kunjung bantu ini berlangsung. Diharapkan segala dapatan, cadangan penambahbaikan serta perkongsian yang telah dibincangkan dapat membantu memperkukuh lagi pelaksanaan program TVET di sekolah pada masa akan datang.
 
Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak dan segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan serta menjadi amal yang bernilai.

Loading

image_pdfimage_print