Sijil Pengiktirafan International Baccalaureatte (IB) World School-Middle Years Programme (MYPIB)

SMK Pantai
International Baccalaureatte (IB) World School-Middle Years Programme (MYPIB)
Majlis Cultivating A Thinking Culture - A Showcase
TARIKH : 19 Julai 2017
TEMPAT : Jabatan Perdana Menteri
ANJURAN: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan sembilan sekolah menengah di negara ini berjaya memperoleh sijil pengiktirafan International Baccalaureatte (IB) World School-middle Years Programme (MYPIB). Labuan harus berbangga kerana salah sebuah sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan.

Di bawah pensijilan IB World School sembilan sekolah berkenaan menjadi sebahagian daripada 1,424 sekolah di seluruh dunia yang berpeluang mengikuti model pembelajaran dengan pendekatan MYPIB ke arah menjadikan mereka berfikiran kreatif dan kritis.

Pengetua SMK Pantai IBWS, Encik Sahar tersenyum bangga menerima sijil pengiktirafan daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak

Setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Pantai IBWS.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.