Muslim Mustapa Ketuai PIBG SMK Pantai Sesi 2026/2027

Encik Muslim Mustapa (duduk 3 dari kanan), dan Encik Ismail Abdullah (duduk 2 dari kanan) bersama AJK PIBG SMK Pantai Sesi 2026/2027

Labuan, 18 April – Encik Muslim Mustapa telah dipilih sebagai Yang DiPertua PIBG SMK Pantai yang baharu dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Pantai Kali Ke 24 yang berlangsung pagi tadi. Pelantikan ini adalah untuk tempoh dua tahun iaitu 2026/2027.

Mesyuarat Agung kali ini dirasmikan oleh Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai merangkap Penasihat PIBG SMK Pantai.

Dalam ucapan beliau, Encik Ismail menjelaskan beberapa perkara penting kepada para hadirin iaitu Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang memberi fokus kepada 7 Teras Strategik RPM, Matlamat RPM dan Sasaran Wajib Capai RPM, keputusan SPM 2025, isu kehadiran murid serta pencapaian-pencapaian murid sepanjang tahun 2025.

Beliau mengharapkan ibu bapa akan terus memberi sokongan kepada sekolah terutamanya daripada aspek kehadiran supaya anak-anak akan mendapat pendidikan yang sewajarnya dalam tempoh persekolahan mereka.

Encik  Muslim Mustapa dalam ucapan penangguhan mesyuarat menyatakan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk memimpin PIBG SMK Pantai. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan berjanji untuk mengusahakan yang terbaik demi kejayaan anak-anak di SMK Pantai.

Mesyuarat yang dihadiri 300 orang ibu bapa dan guru itu juga diserikan dengan acara cabutan bertuah hasil sumbangan ibu bapa, guru-guru serta pihak luar yang mempunyai hubungan sinergi dengan pihak sekolah.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Wan Azmona binti Wan Mohamed (PK Pentadbiran), Encik Wilter Jonathan Ebang  (PK Hal Ehwal Murid), Encik Samsul bin Mandisin (PK Kokurikulum) dan Puan Nurul Hidayah binti Abdul Rahim (PK Pendidikan Khas).

 

Berikut adalah senarai AJK PIBG yang dipilih pagi tadi.

YANG DIPERTUA

En. Muslim bin Mustapa

 NAIB YANG DIPERTUA

Pn. Anita binti Tinguan

Setiausaha – Pn Siti Nur Khadizah Kamsani

Penolong Setiausaha – Cik Azizah Ligaspi

Bendahari – Cik Nur Khairunnisa Romainoor

Penolong Bendahari – Cik Nur Syazwani Simsudin

 AJK IBU BAPA / KSIB

  1. En Sufian Suhaili
  2. ⁠Pn Nurul Caroline Fong
  3. ⁠Pn Rasyidah bt Daud
  4. ⁠Pn Mawar Nurdin
  5. ⁠Pn Malaya Mandau
  6. ⁠Pn Norainah bt Sabudin
  7. ⁠En Airol Azmi bin Abd Gani

AJK GURU – En. Fildaus Martin

Juru Audit Dalaman – Pn Ismawane Ismail

Berita Oleh : SMK Pantai

Encik Muslim Bersama Pengetua
Pengetua menyampaikan hadiah cabutan bertuah
   

Loading

image_pdfimage_print