Labuan, 21 Mei 2026 – Program anjuran Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPL ini telah melibatkan penyertaan seramai 32 orang guru dari Institut Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan.
Bengkel telah disampaikan oleh penceramah jemputan Dr.Hyginus Lester Junior Lee merupakan SISC+ JPWPL, yang berkongsi ilmu serta pendedahan berkaitan konsep, kepentingan dan pelaksanaan kajian tindakan serta inovasi dalam bidang pendidikan.
Antara fokus utama bengkel:
Meningkatkan kefahaman tentang kajian tindakan dan inovasi
Memantapkan kemahiran merancang serta melaksanakan kajian tindakan
Membimbing penyediaan kertas cadangan kajian tindakan
Menggalakkan penghasilan inovasi dalam PdP dan pengurusan
Persediaan pembentangan hasil kajian dan inovasi
Bengkel ini merupakan antara usaha berterusan jabatan dalam mentranformasikan guru-guru agar berkeupayaan tinggi dan berorentasikan masa depan. Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen serta penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di institusi masing-masing.