Labuan, 13 Jun 2026 – Sekretariat Kadet Remaja Sekolah (KRS) Wilayah Persekutuan Labuan telah menjayakan Interactive Booth Pasukan Badan Beruniform sempena Sambutan Hari Belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan pada 13 Jun 2026 bertempat di Kompleks Ujana Kewangan.
Beberapa aktiviti interaktif telah disediakan untuk para pengunjung, antaranya First Aid Mystery Box, Knot Matching Game dan Speed Knot Challenge yang berjaya menarik minat pengunjung. Booth ini turut menerima kunjungan dan sokongan daripada Encik Yahya bin Ahmad Puteh, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, yang meluangkan masa melawat booth dan tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri aktiviti ikatan tali yang disediakan.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir dan memeriahkan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk minat generasi muda terhadap kemahiran kepimpinan, kesukarelawanan dan pasukan badan beruniform.



![]()

