Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2026

Kuala Lumpur, 20 Julai 2026 – Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila Sekolah Kebangsaan Layang-Layangan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan sempena Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2026.
 
Pengiktirafan berprestij itu disampaikan dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.
 
SK Layang-Layangan menerima Anugerah Emas Pendidikan Digital Terbaik Sekolah Rendah, berserta hadiah wang tunai berjumlah RM1,200, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah dalam penggunaan teknologi digital secara kreatif, berkesan dan berimpak tinggi dalam pendidikan.
 
Kejayaan tersebut membuktikan keupayaan sekolah dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk bersaing dan menyerlah pada peringkat kebangsaan, khususnya dalam usaha memperkasakan pembelajaran digital, membudayakan inovasi serta meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengurusan dan pengajaran.
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Guru Besar SK Layang-Layangan, Puan Shamsuria Ebni, barisan pentadbir, guru, murid serta seluruh warga sekolah atas komitmen, kepimpinan dan kerja berpasukan yang telah membawa kepada kejayaan bersejarah ini.
 
Majlis DUTA 2026 yang bertemakan “Mengiktiraf Kecemerlangan dan Inovasi dalam Pendidikan Digital” telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Kejayaan SK Layang-Layangan bukan sahaja menjadi kebanggaan warga sekolah, malah turut mengharumkan nama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan serta seluruh warga pendidikan di pulau ini.
 
Tahniah SK Layang-Layangan! Teruskan mencipta kecemerlangan dan menjadi inspirasi dalam peneraju pendidikan digital negara.

Loading

image_pdfimage_print