Suntikan Semangat, Motivasi Pecutan Akhir SPM 2017 SMK Pantai IBWS

"Kami Sudah Bersedia SPM 2017", laungan pelajar-pelajar SPM SMK Pantai IBWS

14 Ogos – Seramai 152 calon SPM SMK Pantai iB World School mengikuti satu Program Motivasi Pecutan Akhir SPM 2017 di Dewan Gemilang IB sekolah.

Penceramah jemputan yang mengendalikan program ini ialah penceramah diundang khas dari Kuala Lumpur Encik Hilter Yew. Beliau berpengalaman luas mengendalikan program motivasi di seluruh negara. Beliau bergiat aktif  hampir 25 tahun dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan telah menyumbang khidmat seminar kepada banyak sekolah, jabatan kerajaan, syarikat mahupun badan kebajikan serta pertubuhan agama.

Program di bawah kendalian Unit Kaunseling SMK Pantai IBWS turut melibatkan para ibu bapa dalam masa dua jam akhir slot tersebut.

Program motivasi ini bagi menyuntik semangat dan membangkitkan rasa sedar diri kepada calon SPM SMK Pantai IBWS yang akan berjuang menentukan masa depan masing-masing mulai awal November ini. Waktu tiga bulan adalah jangkamasa agak singkat untuk para pelajar membuat persediaan rapi.  Sehubungan dengan itu, para ibu bapa memainkan peranan besar untuk melonjakkan kecemerlangan anak mereka.

Pengetua SMK Pantai IBWS yang turut bersama dalam program ini bersama para pelajar dan ibu bapa mengingatkan semua pelajar bersedia sepenuhnya membuat ulang kaji berfokus dan mematuhi nasihat ibu bapa dan guru demi keberkatan ilmu serta mengamalkan sahsiah terpuji dan disiplin belajar yang tekal/konsisten. Sekolah mensasarkan peratus lulus 100 peratus SPM Tahun 2017 dan Gred Purata Sekolah di bawah 5.0.

Ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara ibu bapa yang hadir pagi semalam ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Labuan, Encik Ishak Aku Abdul Rahman dan Guru Besar SK Pantai, Puan Mahani Hj Hussin . Mereka berdoa supaya prestasi SPM 2017 sekolah ini terus cemerlang. Mereka yakin perubahan set minda dan perubahan budaya belajar para pelajar adalah selari dengan pengiktirafan SMK Pantai sebagai salah sebuah daripada sembilan sekolah yang telah diiktiraf sebagai iB World School.

Encik Sahar menyampaikan cendermata kepada penceramah jemputan Encik Hilter Yew

Turut bersama-sama mengikuti program ini  ialah Penolong Kanan Pentadbiran Norazita bt Md Noor, Penolong Kanan HEM Wan Azmona Wan Mohamed dan Guru Kanan Bahasa Jakiah Ingkam serta guru-guru yang mengajar Tingkatan 5.

Pada minggu hadapan 21 Ogos program motivasi pecutan akhir untuk calon PT3 dan calon Pendidikan Asas Vokasional yang melibatkan 209 pelajar, yang akan disertai juga oleh para ibu bapa.

 

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.