12 Ogos – Satu sesi perkongsian International Baccalaureate: Middle Years Programme kepada guru-guru baharu SMK Pantai IBWS telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah ini.
Antara objektif program ini ialah;
- Memastikan guru-guru baharu faham tentang pendekatan MYP yang digunakan dalam PdP dan tahu menggunakannya
- Memastikan guru-guru baharu sedar tentang falsafah IB dan signifikan penggunaan dokumen rujukan IB iaitu ‘From Principles into Practices’ dan ‘Subject Guides’
- Memastikan guru-guru baharu tahu cara pentaksiran MYP
Dalam tempoh 2014 sehingga kini, pergerakan keluar masuk guru-guru tetap berlaku di SMK Pantai iB World School seperti sekolah-sekolah lain di seluruh negara. Oleh itu, guru-guru baharu yang ditempatkan ke SMK Pantai iB World School selepas tamat tempoh latihan wajib ini perlulah didedahkan tentang MYP dan dilatih sewajarnya bagi memastikan mereka dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mengikut kaedah MYP.
Pada 23 Julai 2016, SMK Pantai telah mendapat pengiktirafan daripada International Baccalaureate Organisation, sebuah organisasi antarabangsa, sebagai IB World School yang kelima dalam kalangan sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia. Dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan ini, guru-guru SMK Pantai iB World School telah melalui pelbagai proses latihan profesional dalam bentuk bengkel, sesi face-to-face bersama pengendali bengkel daripada luar negara dan latihan atas talian bersama konsultan terpilih daripada luar negara sebagai persediaan untuk melaksanakan MYP di SMK Pantai. Kesemua latihan profesional sebanyak 7 kitaran ini berlangsung selama lebih kurang 8 bulan bermula daripada Jun 2013 dan berakhir pada Februari 2014. Dalam erti kata lain, semua guru perlu mendapat pendedahan yang cukup sebelum ianya dapat dilaksanakan di sekolah bagi memastikan kejayaan pelaksanaan MYP di SMK Pantai iB World School. Latihan berterusan kepada warga sekolah terutama guru-guru berterusan sehingga tahun ini.
Program seumpama ini akan diadakan secara berkala mengikut keperluan bagi memantapkan lagi pelaksanaan IBMYP di sekolah ini. Program juga turut memberi peluang kepada guru-guru baharu dan guru-guru yang bertukar masuk ke sekolah ini berkongsi pengalaman dan perasaan gembira kerana ditempatkan di sekolah ini. Kebanyakannya melahiran rasa gembira dapat berkhidmat di SMK Pantai iB World School dan mereka berjanji untuk memastikan sekolah ini akan terus cemerlang serta melahirkan pelajar berfikiran antarabangsa, berdisiplin dan berdaya saing pada setiap masa selari dengan tagline sekolah “SMK Pantai Menjulang Nama, Sorakan 123”.
Leave a Reply