SMK Rancha-Rancha Johan Pertandingan Robotik 2017

Labuan – 19 Ogos 2017, bertempat di Ujana Kewangan telah berlangsung pertandingan Robotik peringkat Wilayah Persekutuan Labuan anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama SASBADI HOLDING Sdn Bhd.

SMK Rancha-Rancha (SMKRR) telah muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1500 diiringi trofi kemenangan. SMKRR telah menghantar seramai 4 kumpulan dimana, kumpulan Robot Makers yang dianggotai oleh adik Mirza Syahmi Bin Afandi, Sulimin Bin Suliman serta adik Khairil Azhar Bin Roslan telah berjaya membawa SMKRR muncul juara.

Kemenangan ini, dapat dihasilkan melalui bimbingan dan latihan oleh Cg Faisal Firdaus Bin Tuah yang telah melatih dan memberi bimbingan kepada pelajar yang terlibat. Turut tidak ketinggalan sokongan barisan pentadbiran SMKRR khususnya ayahanda Tn. Pengetua SMKRR  En. Omar Baki Bin Matusin yang senantiasa komited dalam memastikan kemenjadian pelajar. SMKRR THE BEST !!.

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.