Lawatan PPKI SMK Kudat II

Labuan- 24.8.2017 yang lalu PPKI SMK Kudat II, Sabah telah membuat Lawatan Ke PPKI SMK Mutiara W.P Labuan untuk Penanda Aras Kemahiran Murid MBK. Rombongan ini diketuai Oleh Pn. Rojiah Binti Saiwah iaitu Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kudat II yang melibatkan 27 orang Murid PPKI, 13 orang Guru Dan PPM.

Rombongan tiba ke Sekolah pada jam 9.00 pagi Dan sambutan oleh Barisan Pentadbir Sekolah, Guru Pendidikan Khas dan Murid PPKI.

Rombongan lawatan diberi taklimat di Bilik Mesyuarat Sekolah berkenaan kemahiran mata pelajaran yang diajar serta Transisi Kerjaya yang telah dilaksanakan Oleh PPKI SMK Mutiara. Pada sesi taklimat tersebut, Bekas Murid PPI SMK Mutiara iaitu Adik Nicholas Timothy telah diberi sesi utk berucap untuk berkongsi pengalaman suka duka menjalani Murid PPI di Sekolah. Kemuncak Majlis adalah rombongan Lawatan dibawa ke Tapak Pameran Hasil Kerja Murid PPKI SMK Mutiara.

Sumber berita : Cikgu Noorashikin

Loading

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.