2o September, Labuan – Program Pembangunan Insaniah: Pendidikan Luar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur 2017 telah berlangsung pada 15 hingga 18 September bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malangang.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ini disertai oleh tiga buah negeri yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Labuan.
Ianya bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran dalam aktiviti pendidikan luar yg terancang serta boleh mengaplikasikannya dlm kehidupan seharian.
SMK Labuan dan SMK Pantai telah menyertai program tersebut dengan jumlah peserta seramai 20 orang pelajar. SMK Labuan diwakili oleh 10 peserta pelajar perempuan dan SMK Pantai disertai 10 peserta lelaki.
Pasukan tersebut diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Hassan Abadin dari SMK Pantai dan Cikgu Evelyn Modiun, SMK Labuan.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah Abseiling, Flying Fox, Basikal Eksplorasi, Low Element, Wall Climbing, Labyrinth Orienteering dan Permainan Dinamika.
SMK Labuan telah menyapu bersih aktiviti Wall Climbing kategori perempuan dengan mendapat johan, naib johan dan tempat ketiga.
Sekolah tersebut juga telah memenangi tempat ketiga kategori perempuan dalam acara basikal, orienteering, low element dan aktiviti berpasukan basikal dengan orienteering.
Adik Noor Azizah binti Abd Aziz , Tingkatan 4 Harmoni SMK Labuan telah diumumkan sebagai peserta perempuan terbaik.
Pengetua SMK Labuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang menyertai progam tersebut.
Semoga murid-murid lebih berkeyakinan, meningkatkan daya kepemimpinan dan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan luar sekolah.
Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh YM Ir Datu Jamigul Hj Datu Salin Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Sabah.
Turut hadir majlis tersebut, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin dan Tuan Hj Mohd Rashid Mean, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.
Leave a Reply