Inovasi Murid Menyerlah di Hari Kemerdekaan SK Tanjung Aru

Pemenang rekacipta dari bahan terpakai hasil kreativiti murid sempena bulan kemerdekaan SK Tanjung Aru

21 September 2017 / Labuan – SK Tanjung Aru telah mengadakan Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan bertempat di Dewan Sri Tanjung. Bulan Kemerdekaan pada tahun 2017 ini telah dilancarkan pada 21 Ogos 2017 yang lalu.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semenjak Bulan Kemerdekaan ini dilancarkan pada Ogos yang lalu seperti Pertandingan Kelas Paling Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Meja Guru Patriotik, Pertandingan mewarna dan melukis poster Kemerdekaan, Pertandingan Basikal Patriotik dan Pakaian Patriotik kategori guru dan murid.

Pertandingan Rekacipta daripada bahan terpakai memperlihatkan hasil kreativiti dan inovasi  murid-murid SK Tanjung Aru yang cukup cantik dan menarik. Agak sukar untuk para juri menentukan pemenang bagi pertandingan tersebut.

Semangat Negaraku, Anak-anak Malaysia SK Tanjung Aru

Setiap pertandingan yang dianjurkan mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid sekolah dan para guru. Ibu bapa juga turut memberikan idea yang memberangsangkan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini berlangsung.

Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa semasa Bulan Kemerdekaan ini menambahkan lagi keakraban hubungan antara kedua-dua pihak.

Para guru SK Tanjung Aru yang bersemangat patriotik

Guru Besar SK Tanjung Aru, Puan Murni Binti Jaafar mengucapkan tahniah kepada Ahli JawatanKuasa Kerja yang bertungkus lumus menjayakan semua aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan serta Hari Penutupan yang begitu meriah sekali.

Beliau juga berkata, semangat patriotik dan cintakan negara sebaiknya diterapkan di dalam jiwa anak-anak bermula dari sekarang demi melahirkan modal insan yang cemerlang dan sayangkan negara kelahiran kita. Daripada ini, anak bangsa dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar agar anak-anak didik SK Tanjung Aru saling menghormati dan mengasihi sesama insan tanpa mengira kaum dan agama.

Johan pakaian paling patriotik

Majlis yang meriah ini dihadiri oleh semua pentadbir sekolah iaitu Puan Murni Binti Jaafar selaku Guru Besar Sekolah, Puan Hajah Aini Binti Salleh yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Normah Binti Rahimi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

 

Sumber Berita : Kartika John

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.