Murid SJK(C) Chi Wen Naib Johan Pertandingan Pidato Karnival Perpaduan SKK Peringkat Kebangsaan 2017

Adik Mac Frederon Feridlee (kiri) menerima sijil dan piala

Labuan, 12 Okt – Adik Mac Frederon Feridlee dari sekolah SJK(C) Chi Wen telah muncul sebagai Naib Johan Pertandingan Pidato Karnival Perpaduan Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Peringkat Kebangsaan 2017 bertempat di Biro Tatanegara (BTN) Kundasang Sabah yang berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober.

Seramai 29 orang perserta daripada enam buah negeri di seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan pidato ini yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada murid mengetengahkan bakat, kemahiran serta pengetahuan dalam acara yang mereka sertai.

Selain Pertandingan Pidato, turut diadakan  Pertandingan Bercerita, Pertandingan Syair dan Pertandingan Deklamasi Sajak .

Sementara itu, Guru Besar SJK(C) Chi Wen, Encik Julius Voo Jiunn Jye  melahirkan rasa bangga di atas pencapaian adik Mac Frederon Feridlee yang telah mengharumkan nama sekolah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru pengiring Cikgu Mohd Farik Madun dan pihak Jabatan Pendidikan WP Labuan yang memberi sokongan terhadap murid ini sehingga berjaya.

Sumber Berita : Mohd Farik Madun

 

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.