Murid 10 tahun kutip emas bagi ‘2nd Malaysia Open International Taekwondo Championship 2017’

11 Oktober 2017 / Labuan – Mohammad Mainiezam Bin Maswandie, murid 10 tahun yang bersekolah di SK Tanjung Aru telah mengharumkan nama Labuan dengan memenangi pingat emas dalam 2nd Malaysia Open International Taekwondo Championship 2017 pada 6 hingga 8 Oktober yang bertempat di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Murid ini juga telah memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Sekolah-Sekolah Labuan yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Labuan pada 23 September 2017. Dengan kemenangan ini, murid ini meneruskan perjuangannya dengan menyertai 2nd Malaysia Open International Championship 2017. Berbekalkan semangat yang diberikan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Mainiezam seterusnya meneruskan matlamatnya untuk beraksi cemerlang di peringkat kebangsaan.

Tuan Pengarah Pendidikan Raisin Saidin bersama Guru Besar SK Tanjung Aru Puan Murni Jaafar menyampaikan sijil penyertaan.

Seramai 600 peserta yang terdiri daripada pelbagai pasukan dalam negara Malaysia dan luar negara seperti Indonesia, SIngapura, Kemboja, Brunei, India, Pakistan, Syria, Iran dan Uzbezkistan mengikuti pertandingan ini. Kesemua peserta yang terlibat memberikan saingan yang sengit dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Namun begitu, hal ini tidak meruntuhkan semangat murid 10 tahun ini dan setelah bertanding selama 3 hari, murid ini membuktikan bahawa dirinya dapat mengatasi semua cabaran dalam kategori ‘Kyorugi’ Lelaki 8-10 tahun (Junior Middle Weight) dengan memastikan pingat emas berada dalam genggamannya dengan menewaskan peserta dari negara Indonesia.

Pertandingan ini dirasmikan pada 7 Oktober 2017 oleh Tn. Hj. Mohd. Rashid Bin Mean (Ketua Penolong Pengarah) selaku wakil kepada Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum & Kesenian , Kementerian Pendidikan Malaysia. Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga  diberikan kepada murid ini daripada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Raisin Bin Saidin dalam ucapan beliau semasa perhimpunan bulanan sesi Oktober 2017.

Guru Besar SK Tanjung Aru, Puan Murni Jaafar menyambut ketibaan adik Mohammad Mainiezam di Lapangan Terbang Labuan

Sumber berita : Kartika John

image_pdfimage_print

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.