Lawatan EKSA Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan, 7 Nov : Seramai sepuluh orang warga Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan telah membuat lawatan Penanda Aras EKSA ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL).

Semasa sesi taklimat, Pengarah Pendidikan JPWPL, Encik Raisin Saidin mengucapkan terima kasih kepada Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan di atas kunjungan ke jabatan ini.

Beliau berbesar hati agar Jawatankuasa Induk EKSA JPWPL berkongsi pengalaman sama semasa audit sebenar EKSA yang telah dijalankan oleh pihak MAMPU pada bulan Mei yang lalu.

Warga EKSA Kastam Diraja Malaysia WP Labuan telah melawat ibu pejabat JPWPL di Ujana Kewangan dan juga Pusat Kokurikulum di Ganggarak.

Untuk rekod, Jabatan Pendidikan Labuan telah mendapat pengiktirafan Sijil EKSA Cemerlang pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Mei 2019 oleh Pihak MAMPU.

 

image_pdfimage_print