Perkhemahan Unit Beruniform di Kampung Survival No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan

Kelas Mengenali Khemah Dan Perangkap kepada murid-murid oleh TUDM

LABUAN, 8 Nov  : Sekolah Kebangsaan Membedai dengan kerjasama No 5 Skuadron, Tentera Udara Diraja Malaysia  telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di Kampung Survival No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Seramai 114 orang murid terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini yang terdiri daripada 5 buah sekolah di sekitar Labuan iaitu SK Membedai, SK Bedaun, SK Pantai dan SK Layang Layangan termasuk satu penyertaan dari luar (Sabah) SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Taklimat dan perjalanan aktiviti diberi oleh Sjn U Hairul Hafis bin Jaudin, pegawai bertugas sebelum memasuki Survival Village. Setiap kumpulan diberi seorang petugas tetap bagi mengiringi kumpulan masing-masing.

Aktiviti dijalankan serentak di enam stesen iaitu Stesen Isyarat Bantuan Udara, Stesen Mengenali Khemah, Stesen Pertolongan Cemas di Medan, Stesen Mengenali Peta Kompas dan GPS, Stesen Orieentering (Marching Kompas) dan Stesen Mengenali Perangkap. Semua peserta berpeluang melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Kawad Kaki, Kelas Pertolongan Kecemasan di medan, Kelas Isyarat Bantuan Udara dan Kelas Mengenali Khemah Dan Perangkap.

Majlis perasmian penutupan dirasmikan oleh Leftenan Kolonel KRS Encik Aminuddin bin Hj. Abdul Malek, Ketua Unit Beruniform, Jabatan Pendidikan WP Labuan mewakili Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Turut hadir Mejar Mohd Husaini bin Kamaruddin TUDM, YDP PIBG SK Membedai; Leftenan Kolonel Zulhilmi bin Hj. Ahmad TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan Udara Labuan; Leftenan Kolonel Juma’ain bin Saadon TUDM, Pegawai Memerintah 5 Skuadron; Kapt Mandeep Singh a/l Kuldip Singh, Pegawai Pendidikan Pangkalan Udara Labuan; Ustaz Mohd Farihi bin Ab Halim, Guru Besar SK Membedai dan Pn. Dalilah binti Desa, Penolong Kanan Kokurikulum SK Membedai.

Leftenan Kolonel KRS Encik Aminuddin ( tengah ) bersama peserta perkhemahan Unit Beruniform

Sumber Berita : SK Membedai

 

image_pdfimage_print