Executive Talk TS25

Encik Raisin Saidin (duduk tengah) bersama barisan ketua-ketua sektor, pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai JPWPL

Labuan, 16 Nov – Program Executive Talk Transformasi Sekolah 2025 atau ringkasnya TS25 telah memberi pengetahuan dan idea yang cukup bermakna kepada barisan pentadbir pengurusan jabatan dan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Peserta program disajikan dengan perkongsian ilmu secara santai mengenai TS25 oleh Puan Murni Jaafar, Guru Besar SK Tanjung Aru , Labuan dan Perkongsian amalan terbaik sekolah oleh Puan Jijah Mohamad Suhai, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan.

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Empat buat sekolah di Labuan telah terpilih dalam program Transformasi Sekolah 2025 iaitu SMK Taman Perumahan Bedaun, SK Tanjung Aru, SK Sungai Bedaun dan SMK Lajau.

Dalam ucapan aluan, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin berkata TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

Katanya lagi, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, ditambah komitmen komuniti yang padu juga penyumbang utama dalam membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Peserta terdiri dari barisan ketua sektor, pengetua dan guru besar serta pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan WP Labuan.

 

image_pdfimage_print