Hari Inovasi Pendidikan W.P Labuan (HIP) Tahun 2017

Labuan, 21 Nov – Majlis Anugerah Inovasi anjuran Jabatan Pendidikan WP Labuan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan W.P Labuan Encik Raisin Saidin dan bertempat di ruang legar Ujana Kewangan.

Majlis ini  merupakan suatu usaha pihak  Jabatan Pendidikan  untuk membentuk dan membudayakan inovasi dalam kalangan warga pendidikan WP Labuan.

Tema HIP WP Labuan 2017 yang bertemakan, “ Kreativiti dan Inovasi Pemacu Kualiti dan Pemangkin Organisasi Progresif di abad ke 21″, adalah bersesuaian dengan matlamat PPPM 2013-2025 yang merujuk kepada aspirasi sistem dan aspirasi murid.

Pengurusan Kaunseling Cemerlang – En. Sabdin bin Japaruddin

Dalam ucapan perasmian, Encik Raisin Saidin menyatakan bahawa :

“Inovasi merupakan tindak kerja untuk membina satu perkara/ hasil  yang baharu atau membuat satu pembaharuan. Dalam hal ini, sebarang inovasi yang dihasilkan dapat menyemarakkan idea kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi guru serta  pengurusan berkesan kepada pemimpin dan pengurus  di jabatan dan di sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 amat menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi atau singkatannya KBAT serta kemahiran STEM bagi mengaktfifkan pendidikan abad ke21.”

Anugerah Tokoh Inovasi Negeri W.P Labuan bagi Tahun 2017 telah diberikan kepada Suriani Alland Rice Oxley, Pegawai Sisc+ Jabatan Pendidikan W.P Labuan.

Suriani Alland Rice Oxley, Pegawai Sisc+ Jabatan Pendidikan W.P Labuan

Antara Anugerah lain yang telah disampaikan pada majlis tersebut ialah :

  1. ANUGERAH KHAS KERJASAMA JALINAN NBOS INOVASI DAN KREATIVITI
  2. ANUGERAH KEPIMPINAN KREATIF DAN INOVATIF
  3. ANUGERAH ADIWIRA PAK 21 TAHUN 2017
  4. ANUGERAH WARGA PENDIDIKAN KREATIF DAN INOVATIF
  5. ANUGERAH GALAKAN INOVASI PEMIMPIN DI SEKOLAH
  6. ANUGERAH KHAS KREATIVITI GURU SEKOLAH
  7. ANUGERAH KUALITI (Q) PENGURUSAN JABATAN
  8. ANUGERAH KUALITI (Q) PERKHIDMATAN PENGGUNA TEKNOLOGI
  9. ANUGERAH KUALITI (Q) PENGURUSAN KEWANGAN
  10. ANUGERAH GURU PEMBIMBING INOVASI SEKOLAH
  11. ANUGERAH KHAS SOKONGAN INOVASI
Kumpulan KIK 2017 – SMK Taman Perumahan Bedaun

 

image_pdfimage_print