Anugerah Teknologi Pendidikan WP Labuan 2017

Puan Maimoon ( duduk tengah ) meraikan kejayaan warga pendidikan dalam teknologi pendidikan

Labuan, 23 Nov : Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan WP Labuan 2017 telah diadakan bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, WP Labuan yang telah disempurnakan oleh Puan Maimoon bt Hj Matnoh, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan warga pendidikan dalam bidang teknologi pendidikan dan mengiktiraf segala bentuk pencapaian sekolah berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Puan Maimoon berkata, semua warga pendidikan terutama kepada pentadbir sekolah, Guru Penyelaras Bestari dan ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik Komputer sekolah harus memainkan peranan penting dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan ICT dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam bidang pembelajaran di sekolah.

Pelbagai anugerah telah disampaikan, antaranya adalah Anugerah Digital Story Telling, Pengurusan Data dan Maklumat Sekolah, Anugerah Laman Web, Ikon Guru Data, Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Anugerah Juruteknik Komputer, Anugerah Pengurusan Nilam, Anugerah VLE, Anugerah Pembestarian Sekolah dan Anuegarah Kelab Komputer Penggerak Digital.

Pencapaian keseluruhan pembestarian sekolah bagi tahun 2017 sekolah-sekolah di Labuan telah mencapai 100% melalui pengiktirafan Smart school Qulifiqation Standard (SSQS) iaitu pencapaian sekurang-kurangnya 3 bintang.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,  Encik Ag Marten Abdul Rahman, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat JPWPL, Encik Samsudin Yalla, Ketua-ketua Sektor, para Pengetua dan Guru Besar Sekolah.

 

 

image_pdfimage_print