LABUAN – Pada 23 November yang lalu Sk Sungai Lada telah menganjurkan gotong royong perdana. Gotong royong ini melibatkan semua guru, pegawai kumpulan pelaksana, dan murid-murid tahap 2. Aktiviti gotong royong ini telah berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Aktiviti dimulai dengan taklimat daripada Guru Penolong Kanan HEM, En Esmit bin Amat kepada semua murid berkenaan pembahagian tugas yang diberikan. Seterusnya setiap murid bergerak ke bahagian masing-masing.
Gotong royong ini melibatkan pembersihan kawasan kelas untuk persiapan tahun 2018, stor dan bilik-bilik khas, kawasan dewan serta kawasan bilik guru. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mempersiapkan kawasan sekolah menjelang tahun 2018 serta mengemas kini bilik-bilik khas yang akan diguna semula pada Tahun 2018. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong di antara murid, guru dan warga SKSL. Murid-murid juga dapat dididik untuk bertanggungjawab terhadap kemudahan sekolah yang telah disediakan dan bersama-sama menjaga kemudahan yang diberikan.
Setelah selesai aktiviti gotong royong, murid Tahun 6 bersedia untuk mengambil keputusan UPSR pada jam 12.00 tengah hari bersama-sama ibu bapa masing-masing.