Majlis Makan Malam JPWPL 2017

Encik Raisin Saidin dan Isteri meraikan warga jabatan dalam Majlis Makan Malam JPWPL 2017

Labuan, 3 Dis : Majlis Makan Malam 2017 Jabatan Pendidikan WP Labuan telah berlangsung di salah sebuah hotel di Labuan yang dianjurkan oleh Kelab Pendidikan Labuan dengan tema ‘Bollywood Night‘.

Pada tahun ini, jawatankuasa penganjur mengetengahkan persembahan berbentuk drama muzikal gabungan tayangan filem pendek dan persembahan daripada AJK Kelab Pendidikan secara ‘live‘.

Dalam ucapan aluan, Pengarah pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kerana dapat membawa kelainan dalam majlis makan malam pada kali ini.

Turut diadakan mesyuarat agung bagi memilih calon Ahli Jawatankuasa yang baharu. Encik Roziman Sabtu dan Puan Zaliha Mohd Salleh telah dipilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Pendidikan Labuan bagi sesi 2018/2019.

Sementara itu , Pengerusi Kelab Pendidikan sesi 2016/2017, Puan Suriani Alland Rice Oxley mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam ini dan program aktiviti kelab yang berjalan dengan lancar.

Pihak Jabatan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa sesi 2016/2017 yang telah banyak menjayakan program dan aktiviti Kelab Pendidikan sepanjang dua tahun ini.

Encik Ag Marten menerima lencana Program Rakan Kelab Pendidikan daripada Encik Raisin Saidin

 

image_pdfimage_print