15,517 murid memulakan sesi persekolahan 2018 di Labuan

Encik Raisin Saidin bersama Guru Besar, Yang Dipertua dan murid-murid SK Pekan Satu pada hari pertama persekolahan

LABUAN, 2 Januari – Seramai 15,517 murid memulakan sesi persekolahan 2018 di Labuan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin berkata, daripada jumlah tersebut seramai 5,523 orang merupakan pelajar sekolah menengah manakala baki 9,994 adalah murid sekolah rendah.

Pendaftaran murid tahun 1 di Labuan pada tahun ini ialah seramai 1,693 menunjukkan peningkatan sebanyak 132 iaitu 8.45% berbanding tahun lepas 1,561 murid.

Kemasukan pelajar tingkatan 1 juga meningkat berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 1,119 kepada 1,196 tahun ini iaitu penambahan 77 orang (6.9%).

Semasa lawatan pada hari pertama persekolahan di Labuan, Encik Raisin Saidin berpuas hati dengan semua murid yang ditempatkan di sekolah mempunyai meja dan kerusi yang mencukupi.

Beliau juga melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ibu bapa yang ramai ke sekolah pada hari ini bagi memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak mereka.

Kehadiran dan penglibatan ibu bapa ini diharap berterusan melalui aktiviti sekolah dengan bergiat aktif dalam  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mahupun Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Antara program pertama dilaksanakan di semua sekolah adalah adalah program minggu transisi murid tahun 1 yang bertujuan untuk mendedahkan dan membiasakan murid dengan suasana persekitaran sekolah.

Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua Guru, Warga Sekolah dan Murid. Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan memacu kecemerlangan pendidikan bagi memastikan kemenjadian anak-anak murid WP Labuan yang holistik.

Encik Raisin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Warga Sekolah menyambut kehadiran murid di SK Bukit Kalam melalui Program Guru Penyayang

 

image_pdfimage_print