Kenaikan Pangkat Suatu Amanah dan Tanggungjawab

Encik Raisin Saidin, Para Ketua Sektor, Pengetua dan Guru Besar bersama penerima kenaikan pangkat.

LABUAN, 8 Jan – Kenaikan pangkat bukanlah suatu kemegahan, sebaliknya merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul.

Demikian ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin, sempena Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

Beliau menyeru semua penerima kenaikan pangkat memikul amanah dan tanggungjawab ini dengan sepenuh hati serta integriti yang tinggi pada setiap masa.

Di majlis tersebut, seramai 84 orang warga pendidikan menerima surat kenaikan pangkat terdiri dari 82 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) , 2 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP).

Dengan adanya penambahbaikan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan memberi peluang yang luas kepada laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan merupakan satu penghargaan serta pengiktirafan kepada para guru.

Puan Maimoon menerima surat kenaikan pangkat daripada Encik Raisin Saidin

 

 

 

image_pdfimage_print