Labuan, 13 Feb 2018 – Majlis Anugerah Motivasi REPSOL Tahun 2018 bagi murid-murid UPSR dan PT3 Tahun 2017 dari Golongan Komuniti Nelayan Peringkat WP Labuan telah diadakan di Grand Dorsett Hotel WP Labuan yang melibatkan seramai lima puluh (50) murid UPSR dan PT3 Tahun 2017. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ybhg Datuk Eddie Abdullah Penasihat Perhubungan Komuniti & Kerajaan (Sabah&Labuan) Repsol Oil&Gas Malaysia Limited, En.Ahmad Fakhrurazzi Arshad Pengurus Stakeholder Relations, Repsol Oil & Gas Malaysia Limite, Encik Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan W.P Labuan, Pegawai-pegawai Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Ketua–Ketua Sektor Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Pengetua dan Guru Besar.
Majlis ini bertujuan untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada murid-murid dari golongan komuniti nelayan dan juga berpendapatan rendah yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan.Bantuan ini merupakan insentif daripada Repsol Oil & Gas Malaysia Limited yang bukan sahaja berniaga semata-sama tetapi dalam masa yang sama, syarikat ini banyak membantu komuniti di sekitar tempat operasi khususnya di luar pantai iaitu kaum nelayan.
Objektif program ini adalah untuk menghargai dedikasi dan komitmen murid-murid melalui bantuan wang ringgit secara ‘one off’. Dalam ucapan aluan Tuan Raisin berharap “dengan adanya bantuan ini, murid-murid khususnya yang layak menerima anugerah ini, akan menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli peralatan sekolah dan buku-buku pelajaran. Dan semoga dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi murid-murid dalam pembelajaran dan kemenjadian murid dalam akademik”.