SAS Berjaya Menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan Islam Di W.P Labuan 2018

Dari kiri Pn Siti Rahimah Binti Suhaimi (Wakil SAS), En. Jaafar Matusin (Guru Besar SK Pekan Dua), Ustaz Mohd Shahir Bin Mohd Yusuf (Ketua Unit Pendidikan Islam, JPNWPL) dan Awangku Bulhizam Ahmad Thani (Pengerusi Masjid Sultan Mohamad Ke-5) dan para peserta yang mewakili WP Labuan ke peringkat Kebangsaan.

9 Mac 2018-Labuan, Jabatan Pendidikan Labuan telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah (NKISM) dan Kem Ibadah Sekolah Rendah (KISS) di Masjid Sultan Mohamad Ke-5 , Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2018. Pihak JPWPL telah memberi kepercayaan dan telah melantik SM St. Anthony sebagai tuan rumah bagi sekolah menengah manakala SK Pekan 2 sebagai tuan rumah bagi sekolah rendah. Kem ini telah melibatkan 9 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program ini telah diadakan selama dua hari iaitu bermula  pada 8 Mac hingga 9 Mac 2018 iaitu bersamaan pada hari Khamis dan Jumaat. Selain itu, program ini diadakan bagi mencari dan  mencungkil bakat para pelajar dalam  melahirkan kepempinan di kalangan murid. Maka,program ini telah mensasarkan kepada murid Sekolah Rendah dan Sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah ini telah dirasmikan  oleh  yang berbahagia Ustaz Mohd Shahir Bin Mohd Yusuf selaku Ketua Unit Pendidikan Islam, JPN W.P Labuan . Majlis turut dihadiri oleh Ustazah Hajah Vivi Erma Binti Abdullah iaitu Penyelia Unit Pendidikan Islam, En. Jaafar Matusin Guru Besar SK Pekan 2, Pn. Siti Rahimah Binti Suhaimi wakil rasmi Pengetua  SM St. Anthony selaku Guru Kanan Bidang Votek,  Awangku Bulhizam Ahmad Thani selaku Pengerus Masjid Sultan Mohamad Ke-5,guru-guru SAS, guru-guru SK Pekan 2, guru-guru pengiring sekolah rendah dan menengah serta peserta KISS dan NKISM.

Encik Sabri Bin Nullah selaku Kem Komandon , program NKISM  menyatakan  beliau berasa amat bersyukur kerana semua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan semua peserta NKISM telah mengikuti ativiti dengan jayanya. Beliau juga berharap sepanjang kem ini dijalankan semua peserta dapat mencapai objektif seperti meningkatkan keyakinan diri, menguji ketahanan fizikal dan mental serta melatih sikap kepimpinan dalam diri setiap pelajar.

Dalam kem tersebut,terdapat 8  orang pelajar yang terbaik dan  akan mewakili WP Labuan ke Peringkat Kebangsaan iaitu di negeri Pulau Pinang untuk  kategori NKISM  dan KISS. Peserta yang mewakili bagi kategori NKISM ialah adik Rafieq Rafizie Nur Sha S. Roslee dari SMK Labuan, adik Mohamad Ilham Ang Bin Abdullah dari SMK Taman Perumahan Bedaun, Manisha Vanida dari SM St. Anne dan Adik Syamimi Sabdin dari SMK Pantai. Manakala wakil bagi KISS ialah adik Ahmad Naquib Bin Syahmun dari SK Lubuk Temiang, Muhammad Bin Hazmi dari Sk Pekan Dua, adik Saidatul Nazwah Binti Mohamad Kudat dari SK Sg. Bedaun dan adik Nursahira Binti MD Imran dari SK SG Lada.

Menurut Sabri Bin Nullah, beliau mewakili  SM St. Anthony merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Unit Pendidikan Islam kerana sudi memberi kepercayaan kepada sekolah SAS untuk menjadi pengelolah bagi kem Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah pada tahun ini. Beliau juga  turut memohon maaf diatas kekurangan dalam menganjurkan program ini dan beliau juga megucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem Nadwah ini  kerana dapat berjalan dengan lancar.

 

Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip

image_pdfimage_print