Sekolah Menengah ST. Anthony W.P.Labuan Berjaya Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG

BARISAN AJK PIBG SM ST. ANTHONY TAHUN 2018/2019 Duduk dari kiri : Murni ( AJK ), Jeffery ( NYDP ), Dona ( Pengetua ), Chia Sia Theng ( YDP ), Dr Baby Chong ( Bendahari ), Caroline ( AJK ), Lorita ( AJK ), Angelona ( AJK ). Berdiri dari kiri : Khairi ( Setiausaha ), Roziah ( AJK ), Fauziah ( Pen. Bendahari ), Frankie ( AJK ) dan Leberie ( AJK )

10 Mac 2018-Labuan, Sabtu lepas, SM St. Anthony telah mengadakan Mesyuarat PIBG bagi tahun 2016/2017 dan membuat pemilihan bagi AJK baru tahun  2018/2019, di Dewan Terbuka SM St. Anthony. Seramai 127 orang Ibu bapa  telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut dan  difahamkan pada hari tersebut  juga hampir 11 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan juga mengadakan Mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Selain itu dua buah sekolah jiran juga telah mengadakan mesyuarat agung PIBG pada hari yang sama.

            Bermula jam 7.30 pagi kaunter pendaftaran telah dibuka kepada ibu bapa dan guru. Sebelum bermulanya mesyuarat tersebut satu sesi  ceramah kesihatan  berkaitan dengan penyakit Thalasemia dari Jabatan Kesihatan Labuan telah disampaikan oleh Dr Tengku Intan  Najwa Binti Tengku Azmi . Para ibu bapa digesa agar memberikan kebenaran kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk membuat ujian saringan kepada anak-anak mereka yang berada di tingkatan empat pada tahun ini.

Mesyuarat PIBG pada kali ini telah dirasmikan  oleh  yang berbahagia Puan Maimoon Binti Matnoh selaku Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN W.P Labuan . Dalam ucapan perasmian beliau memuji sokongan padu PIBG SM St. Anthony kepada pihak sekolah. Usaha ini sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 – 2015 ) untuk meningkatkan penglibatan dan peranan  ibu bapa dan komuniti di sekolah. Puan Maimoon juga menyatakan tugas dan peranan PIBG di sekolah termasuklah membantu   pihak sekolah menambah kewangan bagi meningkatkan kemudahan fizikal  bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Puan Maimoon Binti Hj. Matnoh ( Tengah ) menghadiri dan merasmikan mesyuarat agung PIBG SM St. Anthony pada 10 Mac 2018

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua SM St. Anthony Puan Dona Undoh, YDP PIBG Encik  Chia Sia Theng, NYDP Encik Jeffery Philimon, Bendahari Dr. Baby Chong Vui Hiong, Setiausaha Puan Ismawane Ismail ,  Penolong-penolong Kanan,  AJK PIBG bagi tahun 2016/2017  serta guru-guru  dan para Ibu bapa .

Pengetua sekolah Puan Dona Undoh dalam ucapan beliau, turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PIBG yang sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah dari segi sumber kewangan bagi melaksanakan semua aktiviti kurikulum, kokurikulum dan juga hal ehwal murid. Sebagai sebuah sekolah bantuan modal, PIBG memainkan peranan utama dalam membantu pihak sekolah dari segi kewangan untuk menjayakan aktiviti dan program pendidikan di sekolah ini. Beliau juga berterima kasih atas sumbangan peribadi dalam bentuk kewangan oleh YDP Encik Chia Sia Theng ,begitu juga  Dr Baby Chong yang menaja hadiah program Highly Immersive Programme ( HIP ) khas untuk bahasa Inggeris. Begitu juga kepada AJK dan para ibu bapa yang sentiasa prihatin dengan keperluan sekolah sama ada dari segi  sumbangan moral mahupun material.

Pihak sekolah juga  memberikan sijil penghargaan kepada semua AJK PIBG tahun 2016/2017 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas komitmen dan sokongan padu PIBG kepada pihak sekolah.

Encik  Chia Sia Theng  dalam ucapan beliau menyeru kepada para ibu bapa agar tampil ke hadapan membantu pihak sekolah dalam apa juga bentuk sumbangan. Beliau sekali lagi mendapat kepercayaan dari pada para ibu bapa dan  telah dipilih sebagai YDP PIBG bagi sesi 2018/2019.

 

Berikut ialah AJK PIBG SM St. Anthony Tahun 2018/2019

Yang Dipertua           : Encik Chia Sia Theng

Naib YDP                  : Encik Jeffery Philimon

Setiausaha                  : Encik Mohd. Khairi Bin Mahady

Bendahari                   : Dr. Baby Chong Vui Hiong

Pen. Bendahari           : Puan Fauziah Binti Henry

AJK                            : Encik Frankie Tay Kian Lo

Encik Patrick Chong

Puan  Caroline Chanti Udar

Puan  Lorita Benjamin

Puan Angelona Voon

Puan Murni Binti Alkin

Puan Roziah  Abdul Rahman

Encik Jayastine A. John

Encik Yee Choon Hian

Puan Leberie @ Liberiah H Dalus

 

Dalam ucapan penangguhan ,  En. Chia Sia Teng,  selaku Yang Dipertua PIBG yang baru, beliau berharap PIBG pada tahun ini akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya semua ibu bapa dan guru dapat berganding bahu dan  memberikan kerjasama yang baik dalam program yang dijalankan. Beliau yakin bahawa SAS akan mampu melakar kejayaan di  dalam bidang akademik dan kokurikulum pada masa akan datang.

Berita Oleh : DK Suhana PG Tassip

image_pdfimage_print