Keputusan SPM 2017 Labuan Meningkat

Labuan – Seramai 951 orang calon sekolah kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan telah menduduki peperiksaan SPM 2017 di 9 buah pusat peperiksaan dan seramai 851 orang calon layak mendapat sijil dengan jumlah peratus 89.48%.

Keputusan ini meningkat berbanding 85.94% tahun 2016, peningkatan sebanyak 3.54%.

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.94, juga meningkat berbanding 5.08 tahun 2016, peningkatan sebanyak 0.14.

Pelajar Kok Hui Taou dari SMK Labuan telah diistiharkan sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pencapaian Cemerlang Tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Manakala seramai 12 orang calon Labuan mendapat sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran.

Pada keseluruhannya pencapaian calon Sekolah di Labuan untuk setiap mata pelajaran adalah amat memberangsangkan.

16 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100% daripada 33 mata pelajaran yang diambil oleh calon.

Sebanyak 24 mata pelajaran mengatasi pencapaian peringkat nasional, 5 mata pelajaran menyamai pencapaian nasional dan hanya 4 mata pelajaran di bawah pencapaian peringkat nasional.

Majlis Pengumuman keputusan SPM 2017 Labuan telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin di Pusat Ko Kurikulum Negeri, JPWPL pada 15 Mac 2018.

Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan peningkatan prestasi SPM WP labuan tahun 2017.
Alhamdulillah tahun 2017 gred Purata Negeri ialah 4.94 berbanding 5.08 tahun 2016.
Demikian juga peratus mendapat Sijil SPM 2017 telah meningkat. Kejayaan ini berkat permuafakatan mantap di semua peringkat.

image_pdfimage_print