Kok Hui Taou Murid Terbaik SPM WP Labuan Dengan 11A+

SMK Labuan berjaya mencapai peningkatan dalam peratus lulus SPM 2017 iaitu 92.77% berbanding 88.69% pada tahun 2016.

Seramai 235 calon menduduki SPM 2017 iaitu calon paling ramai berbanding sekolah-sekolah lain di WP Labuan.

Gred Purata Sekolah (GPS) menurun sedikit kepada 4.97 berbanding 4.92 pada tahun 2016.

Seramai 4 orang murid SMK Labuan mendapat semua A daripada 13 orang murid seluruh WP Labuan yang mendapat semua A. Murid-murid SMK Labuan menduduki kedudukan pertama, kedua, keempat dan keenam dalam senarai 13 orang murid cemerlang SPM WP Labuan.

Kok Hui Taou merupakan murid terbaik SPM WP Labuan apabila mencapai keputusan cemerlang tertinggi A+ dalam semua 11 mata pelajaran yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Muzik.

Kok Hui Taou : Pelajar terbaik SPM 2017 Labuan

Kok Hui Taou diwakili ibunya kerana dia sedang melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Yayasan UUM di Kuala Lumpur sejak bulan Januari yang lalu.

Kok juga merupakan murid yang mencapai skor tertinggi Kuiz Kimia Kebangsaan tahun 2017 dan salah seorang daripada wakil SMK Labuan yang menjadi johan National Science Challenge 2016 yang membawa mereka ke Sweden mewakili Malaysia.

Murid kedua terbaik SPM WP Labuan iaitu Calvin Au Ka Wai mencapai 8A+ dan 2A, diikuti murid keempat terbaik SPM WP Labuan iaitu Yap Kang Hong yang mencapai 6A+ 3A dan 1A-, serta murid keenam terbaik SPM WP Labuan iaitu Tan Yong Li yang mencapai 5A+ dan 5A.

Seramai 13 orang murid mencapai sekurang-kurangnya 6A dalam mata pelajaran yang diambil.

Pengetua En Ismail bin Abdullah menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mendidik murid-murid dengan penuh dedikasi dan kesabaran, ibu bapa yang memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak, PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan untuk program-program sokongan akademik, kokurikulum dan sahsiah, serta semua pihak yang membantu sekolah secara langsung atau tidak langsung.

SMK Labuan juga berazam untuk mencapai prestasi lebih baik dalam SPM 2018 dengan strategi yang lebih teratur dan komitmen yang berterusan. Sekolah akan memberi tumpuan kepada pencapaian murid-murid cemerlang , di samping tidak melupakan pencapaian murid-murid sederhana dan lemah kerana SMK Labuan berpegang kepada tema “Setiap Murid Bernilai”

image_pdfimage_print