Dua Orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menerima APC KPM 2017

Encik Zulkifli (kiri ) dan Encik Ismail (kanan) menerima sijil penghargaan APC KPM 2017

Putrajaya – Dua orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 pada 20 Mac yang lalu.

Dua orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tersebut ialah Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Labuan dan Encik Zulkifli bin Zakaria, Pegawai “School Improvement Specialist Coach” (SISC+) Matematik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kedua-duanya menerima Sijil Penghargaan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM 1000.

Anugerah diberi berdasarkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2017.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima APC KPM 2017.

image_pdfimage_print