Perhimpunan Mingguan SMK Rancha-Rancha

Encik Raisin Saidin dan Encik Omar Baki bersama warga sekolah SMK Rancha-Rancha

Labuan, 2 April – Sebagai rutin, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan diketuai oleh Pengarah Pendidikan, Encik Raisin Saidin telah turun padang sekali lagi bersama-bersama Ketua-ketua Sektor ke sekolah bagi melihat sendiri perkembangan dan suasana persekolahan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada kali ini, SMK Rancha-Rancha telah dipilih sebagai destinasi sekolah yang dilawati dan rombongan Jabatan berpeluang menghadiri Perhimpunan Mingguan sekolah tersebut.

Dalam ucapan aluan, Pengetua SMK Rancha-Rancha, Encik Omar Baki Matusin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontinjen olahraga SMK Rancha-Rancha ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan kerana berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dengan mendapat 4 pingat emas, 3 perak, 2 gangsa dan memecahkan satu rekod kejohanan.

Semasa ucapan kepada warga SMK Rancha-Rancha, Pengarah Pendidikan Encik Raisin Saidin menuntut dan mendoakan agar semua calon yang mengambil peperiksaan SPM 2018 menguasai serta mencapai lulus 100%.

Jadilah anak-anak yang sentiasa aktif, bukan menjadi pelajar biasa-biasa tetapi sentiasa berusaha dan bertekad menjadi pelajar yang luar biasa agar dapat menghasilkan kejayaan yang luar biasa.

Encik Raisin Saidin juga mengharapkan pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha sentiasa hadir penuh 100% ke sekolah dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan demi kehidupan di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Mingguan berjalan dengan lancar dan aktiviti perhimpunan dikelolakan sendiri oleh pelajar-pelajar SMK Rancha-Rancha. Syabas dan tahniah diucapkan.

Turut Hadir, Semua Penolong Kanan, Ketua-ketua bidang dan guru-guru SMK Rancha-Rancha.

Encik Raisin Saidin menyampaikan amanat kepada warga sekolah SMK Rancha-Rancha
image_pdfimage_print