Pusat Kitar Semula Dan Sukarelawan Bantu PIBG Sekolah Menengah ST. Anthony

YDP PIBG Encik Chia Sia Theng menerima cek sumbangan dari Pusat Kitar Semula Labuan

7 April 2018-Pusat Kitar Semula Labuan ( Recycle Centre )  telah menyumbangkan RM1,000.00 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah Menengah St. Anthony. Menurut wakil Pusat Kitar Semula , ini merupakan sebahagian daripada projek amal mereka dalam membantu masyarakat di Wilayah ini. Pada tahun ini mereka memilih untuk membantu sekolah.

Sumbangan yang sama telah diberikan kepada sekolah ini pada tahun 2013 sebanyak RM2,000.00.

Encik Chia Sia Theng selaku Yang DiPertua PIBG SM St. Anthony, mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Kitar Semula Labuan kerana sudi membantu pihak sekolah. Chia menyatakan sumbangan ini akan disalurkan ke dalam akaun Fund Raising PIBG untuk menambah dana bagi projek membina Dewan Berbumbung Sekolah yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mei tahun 2018.

Chia mengalu-alukan pihak NGO yang bermurah hati untuk menderma dana bagi projek ini. Menurut Pengetua sekolah , SM. St. Anthony mempunyai 438 orang murid yang terdiri daripada murid pelbagai kaum yang majoritinya  murid berbangsa Cina iaitu lepasan murid dari SJK ( C ) Chi Wen  dan SJK ( C ) Chung Hwa,  bumiputera Sabah , Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dari SKK St. Anne, SK Pekan 1, SK Pekan 2, SK Patau Patau ,  SKK Rancha Rancha dan juga SK Membedai. Beliau turut mengucapkan terima kasih dan rasa syukur kerana pihak NGO sudi membantu sekolah ini.

image_pdfimage_print