18 April 2018 – Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Peringkat Kebangsaan 18hb-21hb April 2018 yang bertempat di Politeknik Sultan Muadzam Shah, Jitra, Kedah adalah merupakan program tahunan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama dengan Kementerian Pendidkan Malaysia. Program ini melibatkan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dari sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari 16 buah negeri di Malaysia. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Peringkat Kebangsaan adalah merupakan program tahunan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama dengan Kementerian Pendidkan Malaysia.
Anata objektif program ini diadakan ialah :
- Memupuk semangat Sehati Sejiwa dan cintakan keharmonian di kalangan ahli-ahli Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia
- Menghayati dan mengamalkan ilmu kebombaan.
- Meningkatkan disiplin dan memupuk semangat yakin diri, berdedikasi serta bertanggungjawab di kalangan ahli-ahli Pasukan Kadet Bomba.
- Mewujudkan integrasi di kalangan ahli-ahli Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui penyertaan dalam program aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan kebombaan, program integrasi, kerohanian, riadah dan kesenian dan lain-lain aktiviti yang dijalankan .
W.P.Labuan menghantar satu kontinjen lengkap dengan kekuatan 45 orang yang terdiri daripada murid-murid sekolah menengah seperti berikut :-
- 18 orang Kadet lelaki
- 18 orang Kadet Perempuan
Kontinjen juga diiringi oleh 9 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Bomba, Guru Pengerusi Teknik, Guru Pengiring dan Jurulatih)