Bengkel Asas Photoshop Dalam Kalangan Pengawas Pusat Sumber Al-Faaeq, SK Lubok Temiang

17 April 2018, BTPN Labuan- Seramai 30 orang pengawas pusat sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah mengikuti Bengkel Asas Photoshop hari ini.
Bengkel yang diadakan di BTPN Labuan telah disampaikan oleh Cikgu Rizuan Asmarah dari Sekolah Antarabangsa Labuan.

Antara lain objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pengawas pusat sumber sekolah proses mencipta pelbagai media menggunakan perisian photoshop. Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada murid berkarya secara digital selari dengan hasrat pembelajaran abad 21.

Ternyata bengkel sehari ini menarik minat semua peserta kerana dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baharu di samping melatih mereka menjana idea dengan menggunakan persekitaran dan pengetahuan sedia ada.

Cikgu Rizuan ketika ditemui merasa teruja kerana diberi kesempatan berkongsi ilmu dan kepakaran bersama murid-murid SK Lubok Temiang khususnya pengawas pusat sumber sekolah yang sememangnya sinonim dengan medium media daripada pelbagai bentuk dan rupa.


Diharapkan bengkel seumpama ini akan terus diadakan demi menggalakkan minat murid dan mendedahkan dengan kepelbagaian guna komputer seperti penciptaan muka buku serta susun atur laman buku.

image_pdfimage_print