Labuan – 15 April 2018 satu tarikh bersejarah bagi seluruh warga sekolah kerana berjaya mengubah wajah SK Pekan Satu, hasil dari kesepakatan kukuh yang terjalin antara guru, ibu bapa, murid, Jabatan Kerajaan, Sektor Swasta, NGO dan komuniti Labuan.
Guru Besar SKPS, Puan Anita Shyamini berkata,
objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan mood belajar murid-murid SKPS melalui peningkatan kualiti prasarana, kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah ini.
Aktiviti yang telah berjalan selama dua bulan pertama ini berfokus kepada kelas Pengajaran dan Pembelajaran murid-murid. Pada hari ini, program bertumpu sepenuhnya kepada keceriaan, kebersihan dan keselamatan seluruh kawasan sekolah. Guru Besar dan warga guru amat terharu melihat kesungguhan ibubapa dan agensi yang datang beramai-ramai membawa peralatan, tanpa mengira wang, masa dan tenaga malah turut memberikan sumbangan yang luar biasa.
Program gotong-royong perdana dan pelancaran Patrol Denggi Peringkat Sekolah, telah berjaya dilaksanakan. Ini sekaligus memberi peluang kepada masyarakat setempat khususnya warga SKPS untuk beramah mesra bersama pemimpin tertinggi WP Labuan. Puan Lihan bt Alip selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan juga penyeleras program tersebut meluahkan rasa bangga beliau atas kesangupan ibubapa yang sanggup hadir pada hari tersebut.
Guru Besar SK Pekan Satu, menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran dan sokongan kepada Yang Berbahagia Senator Datuk Bashir Bin Hj Alias, Ahli Dewan Negara. Bersama dalam program itu, Puan Zaleha Bt Mohd Salleh, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan,juga sebagai pegawai angkat SKPS.Turut hadir, yang dihormati Ketua Polis Daerah Labuan, Tuan Mohd Farid Bin Ahmad, Yang dihormati ASP Amy, pegawai perhubungan SKPS, Ketua MPP Zon 1 En S.K.Tan, Tn Hj Jaafar Bin Abu Bakar, Ketua Unit HEM, Penyelaras Rasmi Denggi Patrol WPL, En Mamduh B Zakaria , YDP PIBG SKPS, En Azhar Bin Sabar. YDP PIBG PPKI, Persatuan PERKIP, Skuad Tangan Bersalaman- dari balai Polis Labuan, JKR En Hartono, Wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat En Ali, Penyelaras Program hari ini, Puan Norlihan Bt Alip, GPKHEM serta Semua Guru Penolong Kanan SKPS,Semua Ahli Jawatankuasa Program, guru-guru, waris, para sukarelawan, semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, dan semua murid-murid.
Dalam program ini YB mengucapkan tahniah di atas penganjuran program 3 dalam 1 ini kerana berjaya menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah dan agensi luar. Beliau turut menyarankan agar semua hadirin bersatu padu memberikan sokongan dalam semua aktiviti sekolah supaya terus melangkah ke hadapan untuk kejayaan murid.
Disamping itu, beliau juga mengharapkan agar permuafakatan warga Labuan dapat diteruskan dalam membuat pilihan yang tepat bagi menentukan kepimpinan masa hadapan di WP Labuan. Kehadiran seramai 1020 orang ke program ini membuktikan betapa warga WP Labuan sangat komited terhadap kemenjadian dan kecemerlangan murid dan sebagai tanda sokongan penuh kepada YB Datuk Senator WP Labuan. Tambahan itu , Yang Berhormat telah memberi bantuan sumbangan sejumlah RM1500 kepada PIBG SKPS untuk menyokong aktivitii-aktiviti yang bakal dijalankan pada masa akan datang .
Selepas pelancaran Patrol Denggi oleh Yang Berhormat dibawa melawat ke setiap kelas yang telah ditransformasikan mengikut aspek pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Selepas itu Yang berhormat juga telah turut sama membantu dalam aktiviti gotong royong tersebut. Diharap program seumpama ini akan sentiasa mendapat tempat di hati para waris dalam usaha membangun anak-anak bakal generasi pemimpin masa hadapan WP Labuan.