Labuan – SMK Labuan telah muncul sebagai juara Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat WP Labuan 2018 anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, pada 21 Mei 2018 bertempat di Dewan SMK Pantai.
Pertandingan yang dikelolakan oleh SMK Pantai ini telah disertai oleh pembahas SMK Labuan, SMK Lajau, SMK Pantai, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Rancha-Rancha dan SM St Anne.
Pada pusingan akhir, SMK Labuan telah berjaya mengalahkan pasukan pembahas dari SMK Mutiara dengan tajuk perbahasan “Kita tidak Serius Menangani Isu Alam Sekitar”. Tempat ketiga telah dimenangi oleh SMK Pantai dan SMK Lajau.
Sofia Umaira bt Ismail, pembahas SMK Labuan yang bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi pihak kerajaan telah dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat WP Labuan 2018.
Pembahas SMK Labuan juga dianggotai oleh Athirah Atiqah binti Jamudin, Rafieq Rafizie Nur Sha bin S.Roslee, Nurul Aiza Husna Mohd Zaki, Nur Ain Rabiatul Farraliza Kasim.
Jurulatih dan guru pengiring ialah Puan Rohati binti Lusim, Puan Nor Shasiah Otiman, Puan Juliana @ Bibiana Nain, Puan Sumaliza Abas dan Encik Mohd Sufian Ismail.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, Encik Raisin Saidin hadir bagi memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding, diiringi oleh Ketua Sektor SPPK Encik Asbola Amit dan Pengetua SMK Pantai, Encik Sahar Misron.
Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berkata “Kali terakhir sekolah ini muncul sebagai johan keseluruhan ialah pada tahun 2014 dan kejayaan kali ini membolehkan SMK Labuan mewakili Labuan ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kedah pada 1 hingga 3 Julai 2018. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pembahas dan jurulatih yang bertungkus lumus menjadikan SMK Labuan juara”.
SMK Labuan menerima piala berserta sijil pertandingan.
Sumber Berita : Encik Ismail Abdullah ( Pengetua SMK Labuan )