Majlis Perpisahan Seuntai Kasih Sekalung Budi SK Pekan Satu

Labuan , 8 JUN 2018: Majlis perpisahan SK Pekan Satu disambut dengan meriah sebagai tanda penghargaan kepada permata-permata yang bakal meninggalkan SK Pekan Satu dan berkhimat disekolah baharu masing-masing . Majlis Perpisahan yang dijalankan oleh Kelab Sosial dan Kebajikan Guru yang diketuai oleh Puan Noor Anidah bt Hj Edi disambut di Dewan Cun SKPS bagi mengenangkan jasa lima orang guru yang bakal meninggalkan SK Pekan Satu .

Majlis bermula seawal jam 7.00 pagi dengan berkumpul terlebih dahulu semua murid di dewan menunggu kehadiran guru-guru untuk  memenuhi ruang hadapan dan juga tidak ketinggalan menunggu empat permata SKPS iaitu Cikgu Maarof Jaya , Cikgu Aldianah Aling , Cikgu Dayana Issu , Cikgu Haffizah Yahya dan Cikgu Hjh Siti Shadwana Hassan . Bacaan Yassin dimulakan terlebih dahulu sebelum memulakan majlis Seuntai Kasih Sekalung Budi.

Majlis ringkas ini dipengerusikan oleh Pn Rostina Kassim dan  diteruskan dengan ucapan dari guru besar SKPS Puan Anita Shyamini S Azman .

‘Sesungguhnya seluruh warga SKPS amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh keempat-empat guru ini. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan mereka yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SK Pekan Satu ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini.’

Ucapan-ucapan dari setiap kelima-lima guru yang bakal pergi meninggalkan SKPS merupakan kemuncak ketika majlis perpisahan dimana semua rakan –rakan  guru serta murid-murid menitiskan air mata atas kesedihan berpisah dengan guru kesayangan mereka .

Majlis ditutupkan dengan doa dan tasbih kafarah. Kemudian penyerahan duit raya serta bersalam-salaman bersama guru dn murid untuk menyemarakkan rasa syukur dan gembira untuk menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri .Akhir sekali, ada sedikit sesi bergambar bersama para guru-guru sebagai tanda kenangan kepada guru-guru yang bakal meninggalkan SKPS .

image_pdfimage_print